Khamis, 19 April 2012

MAKSUD DALAM PENDIDIKAN ISLAM TINGKATAN 4

KHAZAINULLAH-ilmu Allah

PERKARA GHAIB-perkara yang tidak dapat dilihat oleh pancaindera dan difikirkan oleh akal manusia,hanya dapat diyakini melalui kekuatan iman kepada Allah

WAHYU-kalam Allah yang diturunkan kepada nabi dan rasul melalui perantaraan malaikat Jibril

MEMPERSENDAKAN-mempermainkan agama Allah

HIDAYAH-petunjuk/anugerah Allah ke jalan yang benar

HABLUM MINALLAH-hubungan dengan Allah

HABLUM MINANNAS-hubungan dengan manusia

KHUSYUK-mengerjakan solat dengan sepenuh hati kerana Allah dan tidak memesong pada perkara lain

ZAKAT-membahagikan harta tertentu untuk golongan tertentu dengan syarat tertentu

MENJAGA KEHORMATAN DIRI-menjaga maruah diri daripada tercemar oleh perbuatan yang dilarang dalam Islam

RUKHSAH-mengharuskan yang diharamkan kerana darurat tetapi kekal pengharamannya apabila hilang darurat

DENGKI MENDENGKI-perasaan kurang senang atau gelisah melihat kelebihan yang ada pada orang lain dan berharap supaya nikmat tersebut hilang daripadanya

TIPU MENIPU-perbuatan samada melalui tutur kata atau tingkah laku berkaitan dengan amalan yang dijalankan secara tidak jujur

BENCI MEMBENCI-perasaan marah atau tidak menyenangi orang lain

BERPALING MUKA- tidak bertegur sapa dan hidup mementingkan diri sendiri tanpa mempedulikan orang lain

JUAL BELI DI ATAS JUALAN ORANG LAIN-membatalkan jualan atau pembelian orang lain untuk kepentingan diri

IMAN-membenarkan di hati,mengakui dengan lidah dan beramal dengan anggota

SYIRIK-menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat,sifat dan perbuatan

KUFUR-tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW

RIDDAH-berpaling atau keluar dari agama Islam

KHURAFAT- kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam

SIHIR-ilmu yang berkaitan perubatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu syaitan atau jin

NIFAK-berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah

DOSA-balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhannya

DOSA BESAR- kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu didunia dan amaran azab di akhirat

DOSA KECIL-kesalahan yang tidak diberi peruntukkan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat

MENCURI-mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin

MEROMPAK-mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanannya tanpa izin

RIBA-faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman,hutang dan pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang

RIBA AL-FADHLI-pertambahan yang diperoleh melalui pertukaran barang yang sama sepertinya

RIBA AN-NASIAH-pertambahan yang diperoleh kerana menangguhkan tempoh bayaran

ANAK YATIM-kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh

MENGUMPAT-mengata atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaan serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan di hadapannya

MEMFITNAH-melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti

ARAK- minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam

DADAH-sejenis bahn yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikir

ZINA-persetubuhan haram di antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah

QAZAF-menuduh seseorang yang baik berzina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil

LIWAT-hubungan sejenis antara lelaki dan lelaki

MUSAHAKAH-hubungan sejenis antara perempuan dengan perempuan

MEMBUNUH DIRI-melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada badan sendiri

TAUBAT-kembali semula kepada Allah SWT setelah menyesal melanggar perintahNya

HAJI-mengunjungi Baitullah di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu

UMRAH-menziarahi Baitullah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syaratnya

UPAH HAJI-melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain

RUKUN DALAM IBADAT HAJI DAN UMRAH-amalan yang mesti dilakukan dalam ibadat haji

WUKUF-berada di padang Arafah walau sekejap di antara gelincir matahari pada 9 Zulhijjah hingga terbit fajar pada 10 Zulhijjah

TAWAF- mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah SWT

TAWAF QUDUM-tawaf selamat datang

TAWAF IFADAH-tawaf wajib ditunaikan

TAWAF WADAK-tawaf selamat tinggal

TAWAF SUNAT-tawaf yang boleh dilakukan pada bila-bila masa

SAI-berjalan berulang-alik dari bukit Safa ke Marwah sebanyak 7 kali

BERCUKUR-bergunting rambut sekurang-kurangnya 3 helai

MIQAT-sempadan tempat atau masa yang ditentukan untuk berniat ihram haji atau umrah

DAM-denda yang dikenakan kepada orang yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau umrah atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram

SEMBELIHAN-menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat merik dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah Taala

KORBAN-menyembelih binatang ternakan yang dilakukan pada hari raya Aidiladha atau hari-hari tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah

AKIKAH-penyembelihan binatang ternakan yang dilakukan ketika mencukur rambut bayi yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah

JUALBELI-menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu

SEWA-satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari suatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan

GADAIAN-sesuatu barangan bernilai yang dijadikan cagaran oleh pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman

SYARIKAT-perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih

HUTANG-memberikan sesuatu barang atau manfaaatnya kepada seseorang

KHALIFAH-orang yang memegang jawatan ketua negara Islam

KHULAFA AR-RASYIDIN-gelaran kepada 4 orang sahabat yang memegang jawatan ketua selepas kewafatan Rasulullah

AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR-menyeru manusia melakukan kebaikan dan mencegah  melakukan kemungkaran

REKREASI-kegiatan menyeronokkan yang boleh menyegarkan kembali kesihatan badan

KEMUDAHAN AWAM-kemudahan yang disediakan oleh pihak tertentu untuk kegunaan orang ramai

BERZIKIR-mengingati Allah SWT dengan lisan,perbuatan dan hati